Mudah.my terdedah kepada Paypal scam

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penjualan item – item atau barang – barang menjadi lebih mudah di jual di Internet. Dengan prospek pelanggan yang besar, memang boleh dikatakan barang – barang yang dijual itu boleh laku dengan cepat. Itu pun dilihat pada harga yang ditawarkan. Lebih mudah lagi untuk berurusan jika segala transaksi kewangan dapat dilakukan melalui Internet Banking sekiranya dipersetujui oleh kedua – dua pihak. Namun begitu, penjualan barang melalui talian ini ada juga keburukannya walaupun terdapat banyak kebaikan.

Antara laman web yang menawarkan perkhidmatan untuk kita mengiklankan barangan ialah melalui sesawang Mudah.my yang rata – rata sudah begitu popular dikalangan masyarakat Malaysia. Dengan caj asas yang ditawarkan pada harga percuma, begitu mudah untuk pelanggan mencari apa yang mereka kehendaki di Mudah.my. Pengalaman aku sendiri yang telah mengiklankan pelbagai barangan, begitu mudah untuk aku dapatkan target pelanggan aku. Setelah memuat naik iklan, ada yang terus menghubungi aku tidak sampai sejam setelah iklan diluluskan untuk berada di Mudah.my. Ada juga yang makan masa sehingga hampir dua bulan baru dapat panggilan dari pembeli. Walau apa pun, semua barang yang aku telah iklankan telah dapat dijual.

Berhati – hati dengan transaksi atas talian

Sejajar dengan kemudahan di Internet ini, kita perlu lebih berhati – hati baik dengan penjual yang menawarkan barangan mereka mahupun dengan pembeli yang menjanjikan duit pembayaran terhadap barang yang dibeli. Continue reading “Mudah.my terdedah kepada Paypal scam”