METALLICA!! METALLICA!!
Setelah bertahun2 menunggu, akhirnya Metallica dapat buat konsert di Malaysia. Sebelum ni, aku ada dgr cerita, ada juga beberapa attempt untuk metallica buat performance kat sini, tp tak dapat masuk. Atas sebab2 apa, aku pun kurang pasti.
Berbalik pada cerita asal aku, bila dgr je metallica nak buat persembahan, aku n kawan2 aku pun terus booking lalu internet dah kawan aku tolong amikkan ticket kat kl nu haa..
Pada 21 ogos 2013, hari yg dinanti2 utk tgk konsert metallica. Aku dan kawan2 sekerja bertolak dari masjid tanah seawal 5 ptg dgn harapan dapat tempat utk parking kereta. Sesampai di sana, ternyata harapan kami tidak kesampaian. Stadium mmg telah penuh, malahan kereta telah diletakkan hampir disemua bahu jalan sekeliling dan juga berhampiran stadium. Apa yg bole kami lakukan ialah mencari parking berbayar. Last resort. Akhirnya kami jumpansatuntempat parking namun kami terpaksa bayar rm20 sekali parking. Takpe, janji dapat tgk metallica.
setelah selesai segala urusan, kami terus ke stadium utk mendapatkan seat. Sekali lagi, hajat utk mendapatkan seat yg mempunyai view yg baik juga tidak kesampaian. Kami hanya dapat seat yg hampir dibelakang. Hampa betol. Tp nasib baik screen konsert tidak menghampakan, malahan screen yg paling jelas yg pernah aku lihat berbanding screen layar konsert2 lain. Rupanya2 itu screen ala2 high definition, mmg terbaik.
Dari jauh, aku lihat padang tidak dipenuhi dgn org ramai. Ramai yg beli tiket utk seat mungkin kerana harga tiket utk free standing di tengah padang sgt mahal, semahal rm600++. Berbanding dgn harga mahal, aku rasa free standing lagi berbaloi kerana berhampiran dari stage. Di situ, timbul rasa menyesal kerana tidak beli tiket free standing. Sepatutnya, alang2 nak tgk konsert metallica 1st time, apa la sgt rm600 tu.. hmmmm… mungkin lain kali lah. Itu pon kalau ada “lain kali”.
Tepat jam 9. Show pon bermula. Maka riuh rendah stadium. Ramai terjerit2 termasuklah jugak aku dan kwn2. Persembahan mmg mantap dgn persembahan sebanyak hampir 20 buah lagu, lebih kurang. Lagu bermula dari album kill’em all sehingga la lagu dari latest album death magnetic, memang mantap..
Vocalist cum guitarist, james mmg pandai menambat hati penonton. Pendek kata, setiap band member ada gaya tersendiri. Jam 11, persembahan pun tamat apabila berakhirnya lagu seek and destroy. Kepuasan pon terserlah di setiap muka penonton walaupon ada lagi yg mahukan persembahan dari mereka. Lepas je habis, kami pon balik dan aku tibe di masjid tanah dalam jam 2.00 am.
Moralnya disini, tak tau la ada ke tidak, tp persembahan metallica sgt2 mantap.
*peace*.
![]() |
Yeahhhh! |
![]() |
Time to go back home! |