Tentang “mee bodoh” kat Tengkera Melaka
Aku telah menetap di melaka sejak pertengahan tahun 2010, dan baru kini aku berkesempatan untuk pergi ke kedai makan Mee Goreng Hassan. Setelah sekian lama aku terbaca dan terdengar tentang apa yang dinamakan sebagai mee bodoh ni, barulah tergerak hati aku untuk kesana pada hari ni.
Jam menunjukkan pukul 9 pagi, dan selepas selesai segala urusan, aku isteri dan anakku pun pergi menuju ke gerai tu dari masjid tanah. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40minit. Berbekalkan harapan agar kami sekeluarga dapat menjamu hidangan disana, kami sanggup tidak mengambil sarapan pagi dirumah seperti kebiasaannya. Lokasi yang kami tuju ialah ke tengkera dan melihat pada google map, ianya berdekatan dengan Methodist Girl school.

Credit: Kembara Sang Petai
Apabila tiba disana, sangkaan kami meleset sekali kerana gerai telah dipenuhi manusia pelbagai golongan. Sesuai dengan slogan 1 malaysia. Aku telah dimaklumkan bahawa gerai itu dibuka seawal jam 8 pagi dan seawal pagi tu jugalah pelanggan telah datang kesana. Dengan keadaan jalan yang agak sesak pada ketika itu, dan kereta yang telah aku parking agak jauh juga pada ketika itu, aku pun mengambil keputusan untuk bungkus sahaja memandangkan keadaan didalam gerai juga sesak.
Rupa – rupanya, kalau nak bungkus juga ada masanya juga atas sebab apa, aku tidak berapa pasti. Kalau datang lambat, tak dapat juga nak bungkus. Nak makan disitu juga adalah sedikit masalah kerana meja kebanyakannya telah penuh. Namun, kami bernasib baik kerana menjadi pelanggan yg terakhir yang dapat membungkus makanan.
Setelah dapat makanan, kami pun beredar menuju ke tepi pantai yang berdekatan. Pada mulanya, aku sangka mee goreng yg dibeli itu seakan – akan mee goreng biasa yg boleh didapati dikebanyakan tempat. Namun, sebelum aku makan, aku lihat mee tersebut berlaukkan telur goreng yang berwarna agak2 kemerahan yang nampaknya mungkin kerana ianya digoreng menggunakan minyak bercampur sambal. Agaknya la.

Nyum Nyum
Manakala mee gorengnya pula mempunyai rasa yang berlainan kerana walaupun nampak simple dengan adunan mee, taugeh dan rempah buatan sendiri, ianya memberikan rasa yg tersendiri. Semasa aku menunggu di gerai tadi, aku lihat ada sebotol cuka dan kicap manis diatas meja pelanggan. Aku rasa, itu juga antara penambah selera yang boleh ditambah di mee goreng mengikut selera masing – masing. Namun aku tiada kelebihan itu kerana aku hanya bungkus sahaja. Semasa aku makan mee goreng tu, rasanya just nice kerana ada sedikit rasa berempah dan pedas. Di tambah lagi dengan lauk telur tadi membuatkan aku berselera untuk makan. Ianya juga disertakan dengan sedikit sambal bagi mereka yang suka makanan pedas.
Dari segi harga pula, satu hidangan mee berharga rm2.00 dan 1 telor goreng pula RM1.00 masih boleh dikatakan murah juga berbanding dengan harga digerai -gerai lain.
Oleh itu, apa yang boleh aku simpulkan disini, kedai ni dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00pg dan kalau nak bungkus pun boleh. Cuma kalau nak bungkus kena beratur lama sikit la bervanding makan disana. Nak parking pula kena cari tempat yg sesuai di kawasan sekeliling. Jgn block kawasan kejiranan disitu sudah.
Tahun Melawat Melaka
So bagi korang yang berhasrat nak berkunjung ke Melaka samada atas urusan jalan2 atau kerja, boleh la curi masa tu untuk singgah ke gerai Mee Bodoh Pak Hassan ni. Aku jamin korang pasti akan rasa kenikmatan makan mee bodoh ni. Kalau tak tahan pedas, baik tengok je. Hee
Sebelum nak bercuti di melaka, boleh la booking hotel2 kat sini. Ada byk hotel dengan kadar harga yang berbaloi dan cantek. Untuk tempahan hotel, boleh buat secara online je di>> Booking.com. <<(Klik je link tu). Aku sarankan kalau nak datang Melaka, datanglah pada hari weekdays ye.