ezuddin

★all are equal before the law★

Samsung Galaxy Note 5 tercanggih di pasaran

by ezuddin

Samsung Galaxy Note 5 ini sebenarnya sedang aku nanti – nantikan kemunculannya di pasaran Malaysia. Seringkali aku terbaca tentang siri baru dari Samsung di Internet dengan menyaksikan gambar – gambar “leaked’ yang sememangnya agak mengancam jiwa dan raga. Apa yang aku sering tertunggu – tunggu ialah teknologi terbaru yang sering ditambah baik dari Samsung. Sebagai contohnya, teknologi skrin paparan terkini, sensor kamera yang mengkagumkan, fingerprint reader dan teknologi S-Pen.

Perkakas yang menarik

Seperti mana yang kita lihat di Internet, perkakasan yang ditonjolkan oleh Samsung selalunya mempunyai ciri – ciri fizikal yang agak unit dan tersendiri. Sukar untuk kita tidak menyukai ciri – ciri rekabentuk kaca dan logam yang dilengkapi di Samsung Galaxy Note 5 ini. Rekabentuk yang sangat “sleek” ini menambahkan lagi kehebatan si pengguna. Namun begitu, seperti mana yang aku tahu melalui bacaan di Internet, Note 5 ini tidak dilengkapi dengan slot MicroSd. Ini bermakna, pengguna terpaksa bergantung kepada storan dalaman sehingga 64GB. Satu kekurangan yang aku nampak disitu.

galaxy note 5

Namun begitu dari aspek perkakasan yang lain selain MicroSD, ianya merupakan perkakasan kelas pertama ditambah lagi dengan kemampuan pemprosesan 7420 cip OCTA-core Exynos dan RAM sehingga 4GB sudah semestinya kita akan dapat satu pengalaman yang menyeronokkan. Kemampuan pemprosesan yang laju lebih – lebih jika kita suka bermain Game, membuka Internet dan membaca email sepanjang masa.

S-Pen generasi baru Galaxy Note 5

galaxy note 5

Selain itu, S-Pen seperti di atas adalah lebih baik daripada generasi sebelumnya. Ia kelihatan premium dan tidak kelihatan seperti kayu plastik kurus, dan dikatakan dapat berfungsi dengan baik pada paparan skrin seperti mengambil nota, menandatangani dokumen dan mengedit foto. Dan sudah semestinya, ia pasti sekali lagi akan memberikan satu pengalaman yang berbeza berbanding penggunaan generasi S-pen yang terdahulu.

Kamera

Kamera pada telefon Samsung juga adalah antara yang aku nantikan. Telah dimaklumkan dari review di Internet, kamera pada Galaxy Note 5 ini mampu untuk mengambil gambar pada set cahaya yang rendah seperti didalam bilik, dan mampu juga untuk menghasilkan gambar yang cantik apabila waktu siang. Selain itu, kamera hadapan pada 5mega pixel mampu untuk menghasilkan gambar wide-angel selain ianya dapat “melembutkan” permukaan muka adalah satu yang aku nantikan. Ye la, apabila muka sudah mula menunjukkan kekedutan, sudah semesti kebolehan kamera seperti itu yang kita nanti – nantikan. ?

galaxy note 5

Selain itu, Galaxy Note 5 ini adalah “selfie-friendly”. Dengan hanya menyentuh permukaan belakang telefon sahaja membolehkan gambar diambil dalam sekelip mata. Tidak perlu lagi kita menggunakan ibu jari kita untuk menekan butang sambil membetulkan posisi tangan untuk berselfie. Hebat bukan?

Jadi, tunggu apa lagi. Kini kita boleh membeli telefon ini dengan mudah di Lazada pada harga RM2699.

#adieu-to-le-monde

Lazada Malaysia

Filed Under: Tech & PC Tagged With: s pen, samsung galaxy 5

In Collaboration With

Recent Posts

  • ̶D̶U̶O̶ ̶S̶T̶A̶R̶Z̶ ̶E̶N̶G̶L̶I̶S̶H̶ ̶C̶A̶R̶N̶I̶V̶A̶L̶ ̶2̶0̶2̶3̶ – CLOSED
  • Model Terkini Penapis Air LG Boleh Bercakap!
  • Cara Mudah Jana Keuntungan Kripto dengan Robot Royal Q
  • 10 Sebab Kenapa Aku Pilih Thermomix
  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question

What's popular?

  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question posted on September 18, 2020
  • Cara Basic Daftar Akaun Shopee Malaysia PERCUMA (Edisi 2021) posted on September 15, 2018
  • Rahsia Jual Barang Dari China Di Shopee Secara Preorder posted on November 11, 2018
  • Fungsi Forwarder Untuk Beli Barang Dari China posted on July 5, 2019
  • Cara membuat Penyatuan Penghantaran (Consolidation Shipment) melalui Taobao posted on July 9, 2019
  • Langkah – langkah beli item Copy Ori 1:1 dari China secara online posted on August 3, 2019
  • Mesin Basuh Pengering LG Dengan 6 Fungsi Moden posted on May 7, 2020
  • 8 Sebab Penapis Air LG Puricare WD516AN SANGAT CANGGIH posted on October 4, 2019
  • Peti Sejuk LG Instaview Canggih, Knock Twice See Inside posted on March 26, 2020
  • Penebusan IQD 2018 : Dinar Scam Terbaru di Malaysia? posted on August 17, 2018

© Copyright 2022 · Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Hosting Evo · Powered by Genesis·