Kematian Friendster yang menyayat hati

Logo “smiley” yang kita kenali

Dengan mengenengahkan logo “smiley face” pada ketika itu sudah memberi satu gambaran tentang kemesraan hubungan untuk berkenalan atau mengenali orang lain. Walaupun menggunakan font yang asas iaitu Sans Serif untuk perkataan “Friendster”, laman ini sahaja telah mendapat hampir 3 juta pengunjung dalam masa beberapa bulan setelah diperkenalkan di Internet pada tahun 2002.

Pada awal tahun kewujudan Frienster sahaja, kita boleh saksikan populariti pengasasnya John Abrams mendapat liputan kejayaannya di majalah seperti Time, Esquire, Vanity Fair, Entertainment Weekly, US Weekly and Spin. Malah, Friendster pada ketika itu sudah menjadi satu trend sehingga Google sanggup untuk membeli jemana itu dengan harga USD30juta namun telah di tolak oleh Abrams. Dan setelah beberapa tahun berlalu dan seperti laman – laman sosial yang lain, Friendster juga tidak terlepas dari persaingan yang ketika itu muncul Myspace (2003) dan Facebook (2004).

Kematian Friendster

Log in page terwal Friendster – Snapshot dari arkib Internet.

Autopsi kematian friendster

Apa yang menyebabkan kematian Friendster? Secara kasarnya apa yang kita boleh lihat adalah kerana persaingan. Dan apabila di teliti, dengan mudah kita boleh meneka bahawa penyebabnya ialah kerana lemas dengan kewujudan Facebook.

Selain itu, dengan kekangan masalah teknikal yang wujud, di USA sahaja Friendster telah diisytihar mati pada tahun 2006. Kewujudannya pada ketika itu pun hanya kerana di sokong oleh 115 juta pengguna dari Asia Tenggara sehinggalah Friendster di beli oleh MOL Global, syarikat yang berpusat di Malaysia dan dibiayai ole Tan Sri Vincent Tan.

Bermula dari situ, Frienster telah mengalami proses penjemanaan semula dan menyaksikan kejatuhan era rangkaian sosial yang pertama di dunia. Dengan penukaran font dan smiley face dari yang “biasa” ke yang “creepy”, kita sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku pada ketika itu.

Kematian facebook

senyuman di akhir perkataan Freindster ?

Platform yang berbeza kini

Our improved site is designed to create new profiles that allow you to connect differently with people and do things differently than other networking sites. Basically, the new site will complement your existing online presence in other social networking sites. – Tech Crunch

Dan kini, Friendster bukan lagi satu fenomena pada pengguna rangkaian sosial. Ini dapat disaksikan apabila pada 2011, Friendster telah bercadang untuk menukar operasi mereka kepada “social gaming site” bagi mengelak dari bersaing dengan rangkaian media sosial yang lain. Akhirnya, segala maklumat profil, senarai rakan, gambar – gambar, mesej, komen, testimonial, dan blog/forum telah di padam untuk memberi ruang baru atas platform “social games”.

Kematian Friendster

Gaming Social Site

Kematian Friendster sebenarnya boleh dianggap sebagai satu proses kehidupan semula cuma ianya mendapat satu jiwa yang baru. Friendster hanya memadamkan segala maklumat tentang pengguna – penggunanya yang terdahulu sementara mengekalkan log in dan password asal pengguna. Secara amnya, kita masih boleh lagi log in cuma data – data terdahulu tidak lagi wujud. *sedih*

Akhir kata, kewujudan Frienster memberi impak terhadap hidup aku kerana aku mengenali beberapa rakan yang jauh pada waktu muda ku. Dan mengetahui bahawa gambar – gambar zaman muda ku telah dipadamkan, membuatkan aku kehilangan “kenangan” lalu.

friendster-sad-logo

Friendster, you will be remembered.

Visited 1 times, 1 visit(s) today