Tamatnya Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Namun begitu, bagi yang telah membeli edisi terakhir ini mungkin agak kecewa kerana pengakhirannya agak tergantung apatah lagi disaat Penjejak Badai dan Penjejak Awan sedang bertarung dengan Xiao Wu bagi menyelamatkan anak Yi Feng (anak kepada Penjejak Badai yang dikatakan akan membawa malapetaka kepada China). Persoalannya disini, adakah satu lagi keluaran Pedang Setiawan di Malaysia? Seperti di Hong Kong, keluaran selepas edisi 667 (tentang kesimpulan pertarungan Penjejak Awan & Badai terhadap Xiau Wu) boleh didapatkan di Pameran Pedang Setiawan yang berlangsung disana.

Bab akhir di Pameran Komik Pedang Setiawan

 

Menurut Ma Wing Shing, pencipta watak dan jalan cerita komik ini, beliau telah berhasrat untuk mencetak siri terakhir Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih yang hanya boleh didapati di Pameran PedangSetiawan anjuran beliau. Atas alasan cetak rompak harta intelek di Internet pada masa sekarang ini, industri komik telah mendapat kesan yang hampir sukar untuk dipulihkan. Maka, manuskrip terakhir itu boleh didapatkan sewaktu pameran berlangsung.

Ma Wing Shing, author of Storm Riders, was inspired to unveil the final chapter of the 25-year-old series in an exhibition of the original drawings instead of publishing in print, as rampant online piracy continues to hurt the industry to an almost irreparable extent. – South China Morning Post

Nampaknya, populariti yang didapati secara online di Internet ini tidak dapat memberikan pendapatan yang lumayan lagi kepada pelukis komik, apatah lagi terhadap pelukis komik yang baru. Memandangkan Ma Wing Shing telah berada di Industri komik ini sejak dari tahun 1989, banyak kisah suka duka dan sedih perit yang akan dikongsikan di pameran tersebut dalam bentuk lukisan yang dihasilkannya.

Di pameran tersebut, Ma Wing Shing akan mempamerkan lukisan bab akhir kesudahan siri komik ini dalam lukisan seni dakwat. Maksudnya, manuskrip terakhir ini dalam edisi hitam dan putih. Kata beliau, penggunaan medium seni dakwat ini dapat memainkan sedikit emosi bagi menggambarkan lukisan untuk edisi yang terakhir. Mungkin sedih, mungkin sayu. Disamping itu, ia juga dapat memberikan sedikit ruang imaginasi untuk pembaca menggambarkan situasi didalam komik itu.

Spoiler: Lukisan Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Bagi yang ingin menunggu untuk keluaran Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih ini pada bulan mei 2015 (jika ada la), harap jangan lihat gambar dibawah ini dengan terlalau lama. Apa yang boleh dikatakan disini, gambar dibawah sekali adalah gambar terakhir untuk edisi manuskrip hitam putih ini. *wink*
Agak – agak, siapa budak lelaki tersebut?

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Penjejak Awan

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Penjejak Badai

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Tanpa Nama

Pedang Setiawan dengan manuskrip hitam putih

Muka akhir manuskrip

Dengan berakhirnya pedang setiawan ini, diharap selama kewujudannya sejak tahun 1989 lagi dapat memberikan kita sedikit tauladan. Mungkin bukan dari jalan ceritanya, tetapi dari seni lukisan yang ditunjukkan.

 

TAMAT

Harga susu Dutch Lady 123 di Tesco cekik darah!

Pelaksanaan GST sudah semakin hampir.

Persoalan yang bermain diminda dan diterjemahkan melalui posting aku yang ke 100 ini, yang paling ketara (dan bukan yang utama) ialah adakah perlaksaannya untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan atau untuk menampung hutang negara atas ketirisan dan perbelanjaan yang tidak berhemah? Atau mungkin semua isu-isu dalam satu? Lihat sahaja di media terutama Internet, banyak cetusan soalan dan rungutan ramai tentang perlaksaannya. Namun, jika negara betul berhasrat untuk rakyat menerimanya dengan rela, penjelasan yang lebih menyeluruh tentang GST baik dari cara pelaksaannya, sebab musabab, haruslah dinyatakan secara menyeluruh juga. Disini bermaksud, p.r skill kena lebih baik dan bukannya seperti skill memaksa atau mempertahankan diri. ? Dan apa pula halnya dengan harga susu Ducth Lady di Tesco yang mahal? Kesan pra-GST agaknya?

Produk terdahulu

Produk terdahulu

Penjenamaan semula produk kerana GST?

Continue reading “Harga susu Dutch Lady 123 di Tesco cekik darah!”

Pinjaman perumahan: Salah faham konsep

Sememangnya dalam ekonomi yang tidak mementu pada masa ini, ditambah lagi dengan inflasi yang melanda negara kita menyaksikan harga barang semakin meningkat termasuklah sektor hartanah. Rungutan demi rungutan kedengaran lebih-lebih lagi berkenaan peningkatan harga barang yang dilihat tidak selari dengan kenaikan gaji, sebagaimana diketahui mereka yang tinggal dibandar dengan perolehan gaji sebanyak RM3000 sebulan sudah dikatakan sebagai miskin bandar. Ada yang kata RM3000 sudah cukup selesa bagi mereka yang tinggal diluar kawasan bandar, namun dimanakah kebenarannya? Mungkin perlu sedikit respon dari mereka yang tinggal di luar bandar.

MAMPUKAH KITA MEMILIKI RUMAH IDAMAN?

Rumah idaman adalah sesuatu yang penting bagi kita, namun mungkin perlu ditukar terma rumah idaman kepada hanya “tempat tinggal” sahaja kerana untuk memliki rumah idaman adalah sesuatu yang agak sukar buat masa ini. Tetapi, tanpa memiliki sebuah rumah dan hanya dengan menyewa sahaja adakah membuatkan kita berada ditahap yang selesa? Jika dilihat, sewa rumah juga semakin meningkat lebih-lebih lagi dikawasan yang strategik (lokasi atau pun ekonomi) sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Mana mungkin untuk orang2 biasa menduduki rumah sewa yang sebegitu mahal. Bulanannya sahaja sudah seperti bayaran bulanan bank atau pinjaman perumahan kerajaan. Kadang-kadang terfikir juga difikiran ini bagaimana anak-anak kita atau generasi muda akan datang mampu untuk memiliki rumah dengan harga yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Kerajaan pula dilihat turut proaktif membantu antaranya dengan memperkenalkan perumahan PR1MA. Namun, dengan bilangan yang memohon dijangka bertambah ramai mampukah rumah itu dimiliki oleh sejumlah pemohon yang begitu ramai? Bingung juga kadang-kadang bila difikirkan.

Misconception (salah faham konsep)

Continue reading “Pinjaman perumahan: Salah faham konsep”

Hooters in Malaysia, what is our stand?

bigdaddy

Who loves Hooters?

Big Daddy is just like any other popular movies starred by Adam Sandler, contains cynical jokes at times whilst playing with other side of our emotion. Was the movie a huge success in Hollywood? That i couldn’t answer due to the fact that i just don’t bother about it. On a different note, as long as the joke could tickle the head off, it is fine enough. Ohh.. I like Hooters jokes BTW.  *haha*

Let’s read the lines below:-

Sonny:
Congratulations! You and “Big Boobs” McGee are gonna get along just fine.

Kevin:
Don’t call her “Big Boobs” McGee.

Sonny:
You’re going to explain to your kids that you met their mother while she was waitressing at Hooters?

Kevin:
Sonny that was five years ago! She’s a doctor now, and my fiance. So from now on, Dr. “Big Boobs” McGee.

Anything interesting up there that resembles the issue being talked about in Malaysia quite recently? Just to point out if you notice the “H” word (what?!, YES!! HOOTERS!!), your are up for a surprise.. A big one. A food chain breastaurant… oppss.. I mean, restaurant a.k.a Hooters is eyeing to open in Malaysia. Yes, soon-to-be, Hooters in Malaysia
Continue reading “Hooters in Malaysia, what is our stand?”

Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia?

Inflasi Inflasi Inflasi!

Pengalaman kita ditahun – tahun sudah, nilai matawang dan ekonomi memang ada turun naiknya bergantung kepada “isu – isu” yang berkaitan, baik dari segi tukaran asing, KDNK, GDP, permintaan dan penawaran, kadar faedah, isu global etc etc dan semuanya ini dikawal oleh agensi – agensi kewangan berpusat. Kini, terdapat satu alternatif penggunaan matawang yang tidak dikawal oleh agensi – agensi kewangan berpusat yang mana telah mula digunakan dalam transaksi atas talian iaitu Cryptocurrency. Crpytocurrency adalah satu sistem transaksi pertukaran “barang-matawang” yang menggunakan matawang digital seperti Bitcoin.

bitcoin alternatif transaksi Continue reading “Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia?”