ezuddin

★all are equal before the law★

Pinjaman perumahan: Salah faham konsep

by ezuddin

Lihat sahaja dimana-mana pelusuk kawasan di negara kita pada masa kini, ada sahaja pembangunan yang melihatkan projek pembinaan perumahan. Ada kawasan projek perumahan yang mempunyai lokasi yang strategik dan ada juga yang agak jauh kedalam. Apa yang menariknya, harga – harga yang ditawarkan pada masa ini adalah luarbiasa dari 5 atau 6 tahun sudah, malah amat berbeza berbanding tahun 70an, 80an dan 90an. Amat sukar untuk dinyatakan sebab spesifik kenaikan harga rumah yang dilihat mampu mencecah sehingga jutaan ringgit bagi sebuah rumah (mengikut lokasi dan jenis rumah) dewasa ini. Ada kenyataan kenaikan harga rumah yang bersandarkan pada supply & demand rumah, ada yang bersandarkan pada kenaikan harga oil & gas, ada yang bersandarkan pada kenaikan harga bahan mentah, ada yang bersandarkan pada mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan, dan bermacam – macam lagi sebab yang boleh kita baca sekiranya kita Google di Internet.

Sememangnya dalam ekonomi yang tidak mementu pada masa ini, ditambah lagi dengan inflasi yang melanda negara kita menyaksikan harga barang semakin meningkat termasuklah sektor hartanah. Rungutan demi rungutan kedengaran lebih-lebih lagi berkenaan peningkatan harga barang yang dilihat tidak selari dengan kenaikan gaji, sebagaimana diketahui mereka yang tinggal dibandar dengan perolehan gaji sebanyak RM3000 sebulan sudah dikatakan sebagai miskin bandar. Ada yang kata RM3000 sudah cukup selesa bagi mereka yang tinggal diluar kawasan bandar, namun dimanakah kebenarannya? Mungkin perlu sedikit respon dari mereka yang tinggal di luar bandar.

MAMPUKAH KITA MEMILIKI RUMAH IDAMAN?

Rumah idaman adalah sesuatu yang penting bagi kita, namun mungkin perlu ditukar terma rumah idaman kepada hanya “tempat tinggal” sahaja kerana untuk memliki rumah idaman adalah sesuatu yang agak sukar buat masa ini. Tetapi, tanpa memiliki sebuah rumah dan hanya dengan menyewa sahaja adakah membuatkan kita berada ditahap yang selesa? Jika dilihat, sewa rumah juga semakin meningkat lebih-lebih lagi dikawasan yang strategik (lokasi atau pun ekonomi) sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Mana mungkin untuk orang2 biasa menduduki rumah sewa yang sebegitu mahal. Bulanannya sahaja sudah seperti bayaran bulanan bank atau pinjaman perumahan kerajaan. Kadang-kadang terfikir juga difikiran ini bagaimana anak-anak kita atau generasi muda akan datang mampu untuk memiliki rumah dengan harga yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Kerajaan pula dilihat turut proaktif membantu antaranya dengan memperkenalkan perumahan PR1MA. Namun, dengan bilangan yang memohon dijangka bertambah ramai mampukah rumah itu dimiliki oleh sejumlah pemohon yang begitu ramai? Bingung juga kadang-kadang bila difikirkan.

Misconception (salah faham konsep)

[Read more…]

Filed Under: Educational, News & Issues Tagged With: ansuran bulanan, pinjamanperumahan kerajaan, rumah mahal, salah faham konsep

In Collaboration With

Recent Posts

  • ̶D̶U̶O̶ ̶S̶T̶A̶R̶Z̶ ̶E̶N̶G̶L̶I̶S̶H̶ ̶C̶A̶R̶N̶I̶V̶A̶L̶ ̶2̶0̶2̶3̶ – CLOSED
  • Model Terkini Penapis Air LG Boleh Bercakap!
  • Cara Mudah Jana Keuntungan Kripto dengan Robot Royal Q
  • 10 Sebab Kenapa Aku Pilih Thermomix
  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question

What's popular?

  • MUET Writing 101: How to Tackle Email Writing Question posted on September 18, 2020
  • Cara Basic Daftar Akaun Shopee Malaysia PERCUMA (Edisi 2021) posted on September 15, 2018
  • Rahsia Jual Barang Dari China Di Shopee Secara Preorder posted on November 11, 2018
  • Fungsi Forwarder Untuk Beli Barang Dari China posted on July 5, 2019
  • Cara membuat Penyatuan Penghantaran (Consolidation Shipment) melalui Taobao posted on July 9, 2019
  • Langkah – langkah beli item Copy Ori 1:1 dari China secara online posted on August 3, 2019
  • Mesin Basuh Pengering LG Dengan 6 Fungsi Moden posted on May 7, 2020
  • 8 Sebab Penapis Air LG Puricare WD516AN SANGAT CANGGIH posted on October 4, 2019
  • Peti Sejuk LG Instaview Canggih, Knock Twice See Inside posted on March 26, 2020
  • Penebusan IQD 2018 : Dinar Scam Terbaru di Malaysia? posted on August 17, 2018

© Copyright 2022 · Ezuddin - Visit Sitemap · Disclaimer · Hosted by Hosting Evo · Powered by Genesis·