Perkakas yang menarik
Seperti mana yang kita lihat di Internet, perkakasan yang ditonjolkan oleh Samsung selalunya mempunyai ciri – ciri fizikal yang agak unit dan tersendiri. Sukar untuk kita tidak menyukai ciri – ciri rekabentuk kaca dan logam yang dilengkapi di Samsung Galaxy Note 5 ini. Rekabentuk yang sangat “sleek” ini menambahkan lagi kehebatan si pengguna. Namun begitu, seperti mana yang aku tahu melalui bacaan di Internet, Note 5 ini tidak dilengkapi dengan slot MicroSd. Ini bermakna, pengguna terpaksa bergantung kepada storan dalaman sehingga 64GB. Satu kekurangan yang aku nampak disitu.
Namun begitu dari aspek perkakasan yang lain selain MicroSD, ianya merupakan perkakasan kelas pertama ditambah lagi dengan kemampuan pemprosesan 7420 cip OCTA-core Exynos dan RAM sehingga 4GB sudah semestinya kita akan dapat satu pengalaman yang menyeronokkan. Kemampuan pemprosesan yang laju lebih – lebih jika kita suka bermain Game, membuka Internet dan membaca email sepanjang masa.
S-Pen generasi baru Galaxy Note 5
Selain itu, S-Pen seperti di atas adalah lebih baik daripada generasi sebelumnya. Ia kelihatan premium dan tidak kelihatan seperti kayu plastik kurus, dan dikatakan dapat berfungsi dengan baik pada paparan skrin seperti mengambil nota, menandatangani dokumen dan mengedit foto. Dan sudah semestinya, ia pasti sekali lagi akan memberikan satu pengalaman yang berbeza berbanding penggunaan generasi S-pen yang terdahulu.
Kamera
Kamera pada telefon Samsung juga adalah antara yang aku nantikan. Telah dimaklumkan dari review di Internet, kamera pada Galaxy Note 5 ini mampu untuk mengambil gambar pada set cahaya yang rendah seperti didalam bilik, dan mampu juga untuk menghasilkan gambar yang cantik apabila waktu siang. Selain itu, kamera hadapan pada 5mega pixel mampu untuk menghasilkan gambar wide-angel selain ianya dapat “melembutkan” permukaan muka adalah satu yang aku nantikan. Ye la, apabila muka sudah mula menunjukkan kekedutan, sudah semesti kebolehan kamera seperti itu yang kita nanti – nantikan. ?
Selain itu, Galaxy Note 5 ini adalah “selfie-friendly”. Dengan hanya menyentuh permukaan belakang telefon sahaja membolehkan gambar diambil dalam sekelip mata. Tidak perlu lagi kita menggunakan ibu jari kita untuk menekan butang sambil membetulkan posisi tangan untuk berselfie. Hebat bukan?
Jadi, tunggu apa lagi. Kini kita boleh membeli telefon ini dengan mudah di Lazada pada harga RM2699.