Isu Perletakan Jawatan Kru Kabin MAS

Selepas kita dipaparkan dengan tragedi menyayat hati MH370, kini satu lagi isu yang terpampang didada akhbar tentang perletakan jawatan kru kabin MAS seramai hampir 300 orang.

Kesan dan faktor tindakan perletakan jawatan kru kabin

Dengan tindakan sebegini, dilaporkan MAS akan menanggung kerugian lebih RM30 juta yang boleh diperincikan melalui kerugian kos latihan selama 2 tahun. Namun begitu, apa yang boleh dirumuskan melalui laporan akhbar dan sumber-sumber bacaan lain dimana terdapat beberapa faktor juga yang perlu diambil kira dalam menggambarkan tindakan perletakan jawatan itu.

perletakan jawatan kru kabin

 

“Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA),” kata sumber itu.

Antara faktornya ialah jadual kerja yang membebankan atas kekurangan kakitangan dimana mereka dijadualkan untuk bertugas dalam tempoh yang lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti. Selain itu, kegagalan syarikat memberi bonus sejak beberapa tahun dan penghapusan keistimewaan syarikat memberikan tiket penerbangan percuma bersama keluarga menjadi faktor pendorong yang lain dalam isu itu.

Berkenaan dengan perletakan jawatan kabin kru yang dilaporkan itu, ada juga diantara mereka yang telah “dipancing” oleh syarikat lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan buat mereka. Ddngan penawaran gaji sebanyak rm30,000-00 sebulan untuk jurutera berpengalaman antara 7 – 10 tahun dalam perkhidmatan, manakala juruteknik pula ditawarkan gaji sebanyak rm8,000-00 berbanding rm3,000-00, mana mungkin mereka akan menolak tawaran tersebut.

Tetapi jika dilihat dari satu sudut yang berbeza pula, seolah-olah memberikan gambaran tentang wujudnya satu sindiket untuk “memancing” pekerja dan kakitangan MAS yang telah menamatkan latihan mereka yang mana secara tidak langsung ianya dapat mengurang kos latihan yang diberikan dengan menawarkan gaji “pancing” yang besar kepada mereka. Satu keuntungan bagi syarikat lain itu.

Adakah mempunyai kaitan dengan Mh370?

perletakan jawatan kru kabin

Berdasarkan sumber laporan akhbar, isu untuk perletakan jawatan kru kabin ini tiada kaitan langsung dgn tragedi MH370 malah telah dikatakan telah berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ditambah lagi, dengan kerugian yang telah dilaporkan mencecah rm1bilion maka tindakan ini sudah tentu menambahkan lagi kesengsaraan syarikat yang sememangnya telah parah.

Berdasarkan kepada faktor2 berkenaan dan dengan merudumnya semangat kerja mereka maka tidak hairanlah jika ianya mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Idea penswastaan MAS

Kadangkala membuatkan aku terfikir apakah faktor yang menyebabkan Syarikat MAS mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga pernah mencatatkan kerugian sebanyak rm2.2bilion pada 2011. Mungkin juga ramai yang tidak mengetahui bahawa kerajaan mempunyai pegangan saham (Golden Shares) dalam syarikat Mas dan secara tidak langsung kerugian itu juga mencerminkan kerugian buat rakyat. Perlukah Mas diswastakan namun kiranya itu berlaku maka ianya melibatkan duit pembayar cukai dari segi harga penjualan saham yang rendah. Namun begitu, masih belum ada keputusan untuk itu berlaku. Semoga MAS terus unggul.

Sumber: Mstar

 

Jelajah Pulau Pinang (part 2)

Ketibaan di Pulau Pinang

Saat-saat yang ditunggu-tunggu telah tiba bila kami mengambil exit157 di Plus Highway untuk menaiki Jambatan ke 2 Pulau Pinang. Setelah melalui perjalanan yang jauh yang sangat memenatkan, perasaan penat itu hilang bersama keterujaan menaiki jambatan baru itu. Namun, kerana waktu malam, kamera fon ku tidak dapat menangkap gambar dengan jelas. Tetapi itu tidak menjejaskan hasratku untuk mengambil gambar.

Jelajah Pulau Pinang

Permulaan melalui Jambatan ke 2

Perjalanan melalui jambatan itu memakan masa lebih kurang 20 minit pada waktu malam dan kelihatan cahaya jalan yang menyinari sepanjang jambatan tersebut membuatkannya lebih kelihatan menarik. Walaubagaimanapun, harga tol yang dikenakan agak berbeza dari jambatan pulau pinang yang pertama iaitu rm9.40 berbanding rm7.00. Ini mungkin kerana jarak jambatan tersebut sejauh 23.5km dan jambatannya tidak lurus. Dikatakan tujuan pembinaan jambatan ke 2 tersebut adalah untuk mengatasi kesesakan jalan di negeri tersebut. Continue reading “Jelajah Pulau Pinang (part 2)”

Photo blogging: Penang roadtrip (Part 1)

Pertama kali aku melakukan roadtrip ini adalah bersama kawan baikku Bob Faizal sewaktu bekerja di Mersing suatu ketika dahulu. Berjalan – jalan sambil mengambil gambar sudah menjadi kebiasaan bagiku, malah boleh dikatakan juga hobi masa lapang selain dari mencipta dan merakam lagu. Setelah sekian lama, aku mengambil keputusan untuk melakukan roadtrip semula kini bersama anak dan isteri ku pula.

Penang Roadtrip

Destinasi kami adalah ke Pulau Pinang dan dalam tempoh 3 hari sahaja. Motif utama bukan untuk melancong, hanya sekadar berjalan menghabiskan masa dengan mengambil gambar di mana sahaja kami berhenti atau kami lalui. Dengan berbekalkan hanya telefon android lama yang berfungsi sebagai alat untuk mengambil gambar, aku hendak tengok apakah hasilnya photoblogging aku dalam sesi Penang roadtrip ini.

Detik – detik dalam perjalanan

Lewat pagi kami bertolak melalui jalan – jalan kampung. Bermula dari masjid tanah, kami bergerak menuju ke Port Dickson dan kemudian melalui Sepang menuju ke Klang. Dalam perjalanan, kami terlihat sebuah rumah yang mempunyai arca bulu tangkis didepannya. Rupa – rupanya kami telah melalui rumah Haji Sidek, bapa kepada pemain – pemain badminton terkenal di Malaysia. Untuk maklumat, boleh rujuk blog sini .

Penang roadtrip

Rumah Haji Sidek

Continue reading “Photo blogging: Penang roadtrip (Part 1)”

Buku mahal? Kunjungi Big Bad Wolf di Melaka

Big Bad Wolf Books in Melaka

Pengalaman kunjungan yang pertama

BIG BAD WOLF. kalau kita tak pernah dengar ayat tu, mungkin kita akan teringat cerita “Red Riding Hood”. Antagonisnya ialah the Big Bad Wolf. Tapi, ini bukan watak cerita tersebut, atau mungkinkah? Ini adalah merujuk kepada Books Sale anjuran Big Bad Wolf Books. Big Bad Wolf Books ini boleh dikatakan kerap mengadakan jualan buku besar – besaran dan boleh juga dikatakan sebagai acara tahunan di bandar2 besar. Tidak berapa pasti bila ianya bermula, tapi berdasarkan Encik Google, ianya seawal tahun 2009 (tolong maklumkan sekiranya tidak tepat).
Continue reading “Buku mahal? Kunjungi Big Bad Wolf di Melaka”

Heartbleed Bug: Apakah bahayanya?

Situasi Heartbleed Bug

Selamatkah maklumat kita di Internet?

Baru – baru ini telah heboh diperkatakan di Internet tentang wujudnya satu bug bernama Heartbleed. Apa itu Heartbleed? Difahamkan, ianya bukanlah satu virus, tetapi ianya merupakan satu kelemahan yang serius dalam Open SSL (satu protokol komunikasi menggunakan https://) dimana satu kemungkinan penjenayah siber dapat membaca memori yang dilindungi oleh Open SSL itu sendiri. Ini bermaksud, berkemungkinan juga maklumat peribadi  dan data – data yang yang tersimpan dalam RAM server terdiri dari password, no kad kredit, dan informasi – informasi yang sensitif bersaiz sehingga 64KB, dapat dicuri. Banyak website yang telah menggunakan HTTPS berbanding HTTP atas sebab – sebab isu – isu keselamatan sebagai contohnya, apabila kita membuat transaksi atas talian (online) di Internet samada melibatkan bank atau syarikat Kredit kad, Protokol SSL inilah yang memastikan keselamatan transaksi kita ini. SSL akan  encrypt (menjadi data itu sulit) agar tiada sesiapa dapat menyah-kod atau membaca maklumat yang dihantar ke bank atau pihak luar. Tetapi kini, dengan berlakunya Heartbleed maka pelbagai andaian boleh digambarkan sekarang.

Kenapa dinamakan Heartbleed?

 

Dalam analogi yang mudah difahami, bug ini berasal dari protokol heartbeat (FRC6520) TLS/DTLS (Transport Layer Security Protocols)  dan jika protokol “denyutan jantung” ini dapat dieksploit maka ianya akan “membocorkan” maklumat (data dan informasi) didalam memori dari server ke klien atau sebaliknya. Kerana itulah situasi ini dinamakan Heartbleed (Pendarahan Jantung/ Kebocoran Jantung, atau apa jua panggilan yang lebih mudah untuk difahami.) Continue reading “Heartbleed Bug: Apakah bahayanya?”