Listening sub-skill

Listening for specific information

Which one is a good strategy?

Listening for information

I was away for 4 days and haven’t had time to snoop around the blogs in the Internet. ? But one thing i discovered days ago, turns out that i had problems to identify which information is important and which is not when i attended an Online Learning course organize by IPGM. What i did was, browsed the world wide web and i came across one lesson that can help improving the listening skill, in particularly for identifying specific info. (frequent practice is required).

Here goes..

Listening may be one of the most difficult language skills to master. Some students often have the mistaken belief that their limited language skills prevent them from applying listening and note-taking strategies that they learn. Unlike reading or writing, when we listen we don’t have the same opportunity to stop and look up difficult words and we do not control the speed of the information. One of the best ways to improve our listening comprehension is to develop and practice listening strategies i.e listening for main ideas. There are several activities that can be practiced.

Warm up

In this task, let’s predict what specific information we will hear and we will have to listen for information. Before we begin, let’s think about the way we listen for specific information in our day to day lives.

When we ask for directions to a place, do we listen to understand every single word or just the main directions? It depends on our purpose. If we are trying to remember the main directions, we probably listen for street names, landmarks, and left or right. Continue reading “Listening sub-skill”

Perisian Imej dan Fotografi Percuma Untuk Noob

Muat turun perisian imej dan fotografi percuma. Photo blogging pernah menjadi hobi aku suatu ketika dulu. Dengan hanya membawa kamera DSLR Canon 550D, aku mengambil apa saja gambar di mana juga aku pergi. Berbekalkan minat pada ketika itu, aku sanggup menghadiri kursus imej dan fotografi di FT studio dan di Kolej Komuniti Bukit Beruang.

Namun begitu, hasil gambar yang aku ambil kadang2 tidak memuaskan dan memerlukannya untuk di edit. Pada aku, gambar yang di ambil itu perlu di edit bagi menambahbaik hasil gambar tersebut mengikut citarasa individu itu sendiri. Sewaktu aku aktif dalam hobi imej dan fotografi dahulu, aku sering upload gambar di pic.plz dan fotopages aku. Tp malang, laman pic.plz sudah tidak aktif lagi di alam virtual.

Aku selalu memuji hasil imej dan fotografi kawan aku, Khairul, sewaktu aku bekerja di Mersing dahulu. Dia memang berbakat dalam seni fotografi ni, kagum dan cemburu dengan skil dan bakat yg dia ada. Antara software yg dia sarankan pada aku ialah Adobe CS (creative suite) yg pada pendapat aku, ianya hampir serupa dengan adobe photoshop walaupun tak sama.

Dan dalam era sekarang, pelbagai software percuma berkaitan dengan imej dan fotografi yang boleh di muat turun. Antaranya ialah:- Continue reading “Perisian Imej dan Fotografi Percuma Untuk Noob”

Walking Dead: Senjata api dan Peluru

Apakah senjata pilihan watak2 Walking Dead?

Senjata api atau bukan?

Walking Dead season 5 in OCT

Walking Dead

Walking Dead

Walking Dead, antara drama bersiri yang agak popular masa kini. Baru2 ini, telah berakhir Walking Dead Musim ke 4. Cerita yang telah diadaptasi dari komik lukisan hitam putih ciptaan Robert Kirkman, bermula apabila Rick Grimes, seorang penolong Sheriff yang telah sedar dari koma didalam keadaan dunia yang telah musnah dan didiami oleh mayat2 hidup (zombies) a.k.a the walkers. Misi utama Rick pada ketika itu adalah untuk mencari ahli2 keluarganya disamping telah menjumpai punca virus itu tersebar. Cerita kemudiannya berkembang dengan wujud watak2 baru dan jalan cerita – jalan cerita tentang kehidupan manusia yang mencabar di dunia “baru”.Plot cerita boleh dirujuk di sini, sini, sini dan yang terakhir musim ke 4, sini.

Setelah berakhirnya musim ke 4 baru2 ni, dengan pelbagai2 watak dan terlalu banyak pembunuhan zombie2 dan juga manusia, boleh dikatakan sepanjang penyiaran siri Walking Dead ini terdapat beberapa senjata yang menjadi “trademark” yang sering digunakan oleh watak2 tersebut. Senjata2 itu termasuklah yang boleh membawa maut, dan ada juga barang2 yang diambil dari persekitaran untuk dijadikan senjata! Mari kita fokus pada senjata2 itu. :)

Rick Grimes

rick with colt phyton

rick with colt phyton

Senjata pilihan: Colt Phytons

Kebaikan: Dapat menembak dengan tepat dan boleh disembunyikan atau di simpan dengan lama tanpa menjejaskan senjata itu.

Keburukan: Maksimum 6 peluru boleh dimuatkan ke senjata itu.

Review watak: Rick telah melakukan 127 pembunuhan, 70 daripadanya dengan menggunakan Colt Phytons. Boleh dikatakan majoriti siri drama ini menunjukkan Rick menggunakan Colt.

Daryl Dixon

daryl with his Crossbow

 Senjata pilihan: Horton Scout 125 Crossbow

Kebaikan: Senyap, tepat dan ringan.

Keburukan: memuat semula busur memakan masa dan busur kena digunakan semula.

Review watak: Daryl telah membunuh  sebanyak 98 zombie, 60 daripadanya dengan menggunakan Crossbow.

 Michonne

Michonne and Japanese Kattana

Michonne and Japanese Katana

  Senjata pilihan: Pedang samurai

Kebaikan: tidak perlu untuk “reload”  dan kurang penyelenggaraan seperti pistol dan senapang.

Keburukan: Memerlukan kemahiran.

Review watak: Dengan Michonne menggunakan pedang ini, mudah untuk membunuh zombie2 dan jumlah pembunuhan yang telah dilakukan ialah 45 dimana 31 daripadanya dengan menggunakan pedang samurai.

Glenn Rhee

Glenn Rhee

Glenn Rhee

Senjata Pilihan: Batang besi yang tajam atau diasah.

Kebaikan: Tidak perlu “reload”

Keburukan: Perlu jarak dekat untuk membunuh.

Review watak: Didalam siri musim ke 4, Glenn menggunakan besi untuk membunuh zombi2 yang berada di pagar penjara. Telah membunuh 31 zombie, dan 9 daripadanya dengan menggunakan batang besi.

Maggie Green

Glenn holding Walter p-99

Glenn holding Walter p-99

Senjata pilihan: Walter P-99

Kebaikan: Senang digunakan dan memuatkan banyak peluru.

Keburukan: ketepatannya tidak sehebat pistol lain.

Review watak: Boleh dilihat sebanyak 17 kali Maggie menggunakan senjata itu, telah membunuh 25 zombie dan 6 daripadanya menggunakan walter p-99.

Carl Grimes

carl n beretta

carl n beretta

Senjata pilihan: Beretta 92fs dengan silencer

Kebaikan: ketepatan yang jitu

Keburukan: Picu yang keras.

Review watak: Carl begitu kerap membunuh zombie menggunakan Beretta, 41 zombi telah dibunuhnya. 34 zombi mati dengan di tembak menggunakan Beretta.

Tyreese

Tyreese: It's Hammer time!

Tyreese: It’s Hammer time!

Senjata pilihan: Tukul besi/ hammer/ mertul  😛

Kebaikan: Perlu ke diterangkan?

Keburukan: Pembunuhan jarak dekat.

Review watak: Sepanjang siri ini berlangsung, Tyreese tidak pernah membunuh zombi dengan melepaskan tembakan. 41 pembunuhan yang dilakukan semuanya menggunakan tukul besi.

Musim ke 4 berakhir dengan menyaksikan watak2 utama ini telah berada didalam tahanan sekumpulan manusia kanibal di Terminus. Di musim ke 4 ini juga dilihat banyak watak2 utama yang telah beralih arah membawa watak yang lebih kejam dan ganas untuk terus hidup.

Terminus

Terminus

 

Sumber = Walking Dead: Weapons and Ammos

Pedang Setiawan Bakal Berakhir

Penjejak Awan dan Penjejak Badai

Satu pengakhiran

Pedang setiawan, antara komik old school yg aku baca sehingga kini. Boleh dikatakan ianya sudah menjadi kebiasaan untuk aku mencari dan membeli komik Hong Kong versi bahasa malaysia ni setiap 2 minggu sekali. Sebelum popularnya Manga dari Jepun dalam tahun 90an dahulu, komik Hong Kong telah mula bertapak di hati para remaja pada ketika itu. Dan kini, bagi orang2 yang seangkatan dengan aku, sudah pasti mereka masih lagi mengikuti komik ini.

Diterbitkan di bawah nama Jonesky Publishing Limited, Keluaran isu pertama di Hong Kong bermula dari tahun 1989 sehinggalah sekarang. Manakala, keluaran versi bahasa malaysia yang pertama adalah dalam sekitar awal 90an, dan aku cuba untuk tidak miss setiap issue keluarannya.

Keluaran awal Pedang Setiawan

Keluaran awal Pedang Setiawan

Continue reading “Pedang Setiawan Bakal Berakhir”

Siapakah kita di mata dunia?

Laporan CNN, siapakah kita?

Teguran dari rakyat Malaysia

Dalam kita menantikan berita tentang MH370, pelbagai pihak dari dalam negara dan luar negara cuba mendapatkan cerita dan berita tentang mh370 untuk dilaporkan di media antarabangsa. Jadi, siapakah kita di mata mereka?.

Namun, setelah melangkau ke hari ke 21, ramai orang telah menyuarakan pendapat tentang berita2 antarabangsa yang disajikan kepada kita samada melalui akhbar atau pun dari laman2 web. Pelbagai soalan telah ditanya oleh wartawan, namun, adakalanya terdapat soalan2 yang berbentuk provokasi dan kadang2 boleh dikatakan agak sinikal dan keterlaluan.. Mungkin juga agak keterlaluan jikalau kita mengajar kepada mereka tentang siapakah kita dan siapakah mereka. Media2 antarabangsa seperti CNN, Fox News, MSNBC dsb kadang2 memberikan laporan yg agak “bias” tentang malaysia, lebih2 lagi dgn isu terkini mh370. Agaknya perlu ada standard norma yang boleh digunapakai dalam membuat laporan tentang apa jua berita yg ingin disampaikan.

Apa yang menarik perhatian ialah apa yang ditanyakan dan dilaporkan oleh pihak media, lebih2 lagi pihak media antarabangsa, kadang2 tidak menunjukkan maklumat2 yang tepat dan hanya berdasarkan pemerhatian dan pandangan mereka sahaja.

Atas hal demikian, maka tidak hairan, ada dikalangan rakyat Malaysia yang menyuarakan pendapat mengenai cara penyampaian berita dari pihak luar yang adakalanya tidak mencerminkan nilai2 profesionalism seorang jurnalis.

siapakah kita di mata dunia

siapakah kita di mata dunia

Kesan2 dari laporan2 berat sebelah media antarabangsa itu, adakah kita ditertawakan atas maklumat yang disampaikan itu? Adakah kita akan dipandang sebelah mata kerana perkara ini? Adakah kita negara tercinta kita akan di brand negara yg berpotensi kearah terrorism? Adakah ini hanya konflik melariskan akhbar vs ketelusan akhbar? Adakah kita akan ditohmah oleh masyarakat antarabangsa kerana mereka ingin kebenaran yang kita pun sudah sedia maklum dari berita yang dipaparkan. Sedangkan kini, ada masyarakat antarabangsa yg telah memberi tohmahan dan cacian terhadap rakyat kita yg berada di luar negara kerana insiden mh370 ini kerana laporan2 media antabangsa Itu.

“Penduduk China terus menyatakan kemarahan terhadap Malaysia ekoran kehilangan MH370 yang membawa sebahagian besar penumpang rakyat republik itu. Di Weibo, laman blog mikro China ala-Twitter– mereka dilihat mensasarkan selebriti Malaysia yang menempa nama di negara itu, termasuk memberi gelaran sebagai “binatang” dan “sampah”.- “Malaysiakini

Jadi, siapakah kita di mata dunia ketika ini? Dalam kita bersedih tentang MH370, ada pihak yg memberi gambaran yg tidak berapa menyenangkan terhadap kita,  rakyat Malaysia. Atas dasar cintakan negara, ramai lagi rakyat malaysia yg menyuarakan ketidakpuashatian dan bantahan meraka dalam FB page BOIKOT CNN.Tindakan bantahan ini atas sebab2 seperti provokasi, kesalahan maklumat, fitnah dan penipuan.
Boikot cnn

 

 

Sumber – sumber: Facebook, Malaysiakini, around the blog dan MH370 Hari Ke-21: Rakyat M’sia suarakan pendapat pada laman Facebook CNN